Review: Lelaki Langit Bumi by Girang Fashali


 Assalammualaikum dan Hai gais!  

  So harini Khal nak review satu e-novel di applikasi wattpad.  Tajuk dia "Lelaki Langit dan Bumi". Macam sesuatu kan tajuk dia?  Hahaha. Tajuk dia antara salah satu faktor kenapa Khal choose novel ni untuk masukkan dalam library Khal. Tajuk dia tak cliche macam novel lain yang terlampau "over nak tarik pembaca" dan tajuk yang macam ni ๐Ÿ‘‰ "suami ku... ". 

Aplikasi wattpad bagi sesiapa yang baru tahu.

  Kisah ni ialah kisah percintaan yang unik antara Diha dan Arriyan.  Kenapa unik?  Sebab dia unik ialah,  first Diha ni orang Malaysia and Arriyan orang Indonesia.  Bagi Khal unik la.  Sebab selalunya yang lelaki orang Malaysia yang perempuan orang Indonesia.  Second,  Diha ialah seorang blogger dan Arriyan ialah seorang vocalist band terkenal di Indonesia iaitu Arjuna.  Haaaaaa unik kan?  Bagi Khal unik  sebab dia tak cliche macam cerita lain yang lelaki tu kerja as CEO.  Pfft. Third,  mereka tak bercinta ye anda sekalian.  Mereka berkahwin disebabkan takdir dan masing² menerima.  Haaaa korang kena baca la sebab apa dan macam mana Diha dan Arriyan ni boleh berkahwin.  No spoiler ye anda² sekalian.  

  Disebabkan Arriyan merupakan seorang artis,  dia tak suka seorang blogger.  Sebabnya kebanyakkan blogger suka manipulasi dan bercerita buruk tentang artis.  Bagi dia blogger ni macam suka jaga tepi kain orang la.  Tulis cerita pasal artis sebab nak tarik pembaca.  So bila dia tahu Diha ni seorang blogger dia agak tak suka dan rasa Diha ni nak amik kesempatan.  

  Disebabkan watak Diha ialah seorang blogger, nama blog Diha ialah Tentang Sesuatu.  Penulis telah menarik perhatian dan minat khal.  Sebabnya khal pun baru berkecimpung dalam dunia blog.  Banyak benda tentang blog khal belajar dari novel ni dan banyak blog yang best² khal tau dari novel ni. 

  Diha juga seorang yang boleh dikatakan sebagai "pakar bahasa" sebabnya Diha ambil jurusan bahasa di Uni dulu.  Selepas Diha kahwin dengan Ariyyan Diha banyak belajar bahasa Indo.  Penulis juga ada sertakan nota terjemahan di akhir bab.  So senang korang nak rujuk.  

  Penulis dah ubah persepsi Khal terhadap kehidupan di Indo.  Dalam novel tu Khal boleh rasa yang tinggal di Indo sama je rasanya tinggal di Malaysia.  Hehe.  Rasa macam nak kahwin dengan pria ganteng Indo lepas baca novel ni. 

  Penulis juga tak melebih-lebih describe watak Arriyan sebagai seorang artis terkenal di Indo.  Penulis lebih menumpukan watak Arriyan as husband Diha.  Bila baca novel ni rasa macam kita memang betul2 berkahwin dengan artis Indo.  Hehehe. Arriyan merupakan lelaki yang bertanggungjawab dan caring even mereka berkahwin tanpa cinta,  same goes to Diha yang rajin masak untuk pijat Arriyan etc.  Takde la nilai negatif yang lepas kahwin gaduh teruk ke apa.  Mereka seperti kawan.  Tu yang membawa kelainan kepada novel ni.  

  Diha juga merupakan peminat number satu kumpulan Arjuna which is Diha ni merupakan "Sakti Arjuna" (nama fanclub Arjuna). Kebanyakkan lagu Arjuna merupakan ciptaan Arriyan.  Arriyan juga merupakan someone yang meluahkan perasaan melalui muzik dan lagu. hanya Diha yang mampu tafsirkan makna disebalik lirik yang dicipta Ariyyan.  Diha pernah buat satu entry khas untuk describe lagu Arjuna.  Arriyan ada baca entry ni dan dia tersentuh sebab Diha beh tafsirkan apa yang Arriyan nak sampaikan melalui lagu tu.  Hati Arriyan terbuka sikit nak terima Diha sebab entry tu.  Hehehe.  

  So,  khal sangat suggest korang baca novel ni.  Serious best sangat². Korang boleh la download apps wattpad tu and baca cerita sis Girang ni.  Hehe.  Ouh yea,  e-novel ni free je tau nak baca.  Jimat duit.  Just guna data nak download apps dia je.  Content novel ni pun berkualiti dan best. Khal tak kenal pun sis Girang ni yea dan entry ni bukan entry berbayar๐Ÿ˜‚ Khal jumpa novel ni pun secara kebetulan wattpad suggest suruh read.  Novel ni ada 70 bab kesemuanya. 

  Thanks for reading my entry.  Hehe. ๐Ÿ˜€✌

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman membeli belah di aplikasi Shopee MY

Sebar kebaikan pada malam New Year?