Sebar kebaikan pada malam New Year?
Assalammualaikum hi semua!
Harini Khal nak cerita tentang pengalaman Khal sambut New Year 2020. Hehe dah terlepas lama dah, baru nak tulis pasal ni. Maklumla, tak ada apa yang best pun tentang sambutan malam New Year tahun 2020. Khal sambut New Year di Perak. Sesiapa warga Perak tau la kan Bulatan Meru. Hehe tempat lepak malam².
Malam tu memang chaotic sangat. Jalan jam and sesak dengan manusia. Tapi hahahahah π semuanya dapat fake hope bila bunga api yang keluar macam bunga api sambut raya. Pffft.
Act, Khal nak highlight pada apa yang berlaku pada malam tu. Tengah tunggu bunga api sambil sembang dengan family, datang sekumpulan remaja perempuan berniqab ni dekat kami. Mereka ni bagi salam dan terus hulur satu risalah.
Awareness tentang etnik Uyghur. Bagi Khal cara ni adalah sangat bijak dan menyedarkan masyarakat yang sedang kita happpy sambut New Year, terdapat saudara Islam kita yang menderita didera. Sewaktu tu dalam fikiran Khal maybe mereka nak minta sunbangan untuk mereka. Yea mereka minta sumbangkan doa untuk mereka di sana. Allah sungguh mulia mereka ni, menyebarkan awareness dan juga mengajak masyarakat bagi mendoakan etnik Uyghur.
Selain itu, kami juga diberikan beberapa risalah tentang maksiat, judi dan zakat oleh seorang lelaki. Sayangnya risalah tu dah hilang. Bagus diedarkan risalah-risalah tersebut, bagi menghalang terjadinya maksiat. Memandangkan malam New Year merupakan malam yang sinonim dengan malam maksiat. Mungkin dengan risalah yang diedarkan dapat menyedarkan mereka.
Sesiapan pun mereka yang menyebarkan kebaikan ni. Harap usaha mereka diteruskan. Sambil² kita berseronok sambil kita beramal dan juga jangan lupa saudara kita di Uyghur yang sedang menderita. Khal juga menyeru sesiapa sahaja yang membaca blog ni untuk mendoakan mereka. In sha Allah. π✌
Comments
Post a Comment